Monday 29 September 2014

Project !

Assalammualikum semua.
kali ni saya nk cerita berkenaan projek saya utk sem 4 ni.Fuhhh,sangat mencabar dan memerlukan daya kreativiti yang tinggi.Berkenaan projek ini saya dikehendaki untuk mencari peniaga kecil yang membuat hasil tangan berasaskan tekstil.Oleh itu,saya memilih tajuk 'mengait' atau 'crochet' sebagai bahan untuk saya kaji disamping dapat membantu memperkenalkan hasil kerja peniaga tersebut.

Mengait merupakan satu kemahiran tangan yang sangat lama.Proses mengait ini telah diperkenalkan sejak beratus tahun yang lalu.Pada kebiasaan nya,mengait ini akan dijadikan hobi semasa masa lapang oleh golongan kampung atau suri rumah.Hobi mengait ini juga sangat terkenal di negara Indonesia.Mengait ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Crochet

2. Knitting

Ok, jum kita cerita sikit pasal kedua-dua jenis kaitan ini.

1. Crochet:
  Jarum yang digunakan adalah terdiri dari satu batang jarum yang berkepala hook. Jadi mostly, mereka memanggil jarum crochet dengan istilah hook needle. Crochet juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Crochet (sangat popular)

2. Double ended crochet (boleh digunakan untuk mengait secara in-the-round)

2. Tunisian/Afghan Crochet (merupakan satu teknik mengggunakan jarum yang panjang seakan-akan jarum knitting. Kaitannya juga adalah hampir dengan knitting)

Crochet juga sangat senang dipelajari apabila anda telah mengetahui asasnya iaitu :

1. Chain Stitch

2. Single Crochet

3. Double Crochet

4. Half Double Crochet

5. Slip Stitch

Kemudian, setelah mahir dengan asas-asas ini.. Ianya akan memudahkan anda untuk belajar teknik lain seperti increase, decrease, shell, dan pelbagai jenis stitches yang cantik-cantik lagi :)

Terdapat pelbagai jenis jarumu yang  boleh digunakan untuk mengait.Bukan hanya bergantung pada satu jenis jarum sahaja kerana setiap jarum kait mempunyai saiz yang berbeza dan kegunaan yang berbeza. Malah ada diantaranya,walaupun sama saiz tetapi diperbuat daripada bahan yang berbeza, dan hasilnya turut berbeza. Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mengait dengan jarum A, teruskan mengait dengan jarum A sehingga habis projek anda. Sebab walaupun katakan jarum B mempunyai saiz yang sama dengan jarum A, ianya akan memberikan kesan yang berbeza terhadap projek kait anda. Ini adalah disebabkan oleh kepala jarum (hook) mempunyai rupa yang berbeza. Anda boleh lihat gambar di bawah ini sebagai contoh :


Kedua-dua ini adalah saiz yang sama iaitu 4.00 mm. Tetapi bahannya yang berbeza, satu dari China dan satu lagi dari Jepun. Kalau anda perhatikan dengan baik, anda akan dapat lihat perbezaan kepala hook bagi kedua jarum ini, perbezaan ini sangat mempengaruhi hasil kait kita. Yang biasa itu.. lebih tajam dan kecil sikit hooknya, manakala yang clover itu, tebal dan tidak begitu tajam hooknya.

Ok, sekarang kita cerita pula pasal knitting :)

2. Knitting

Apa yang membezakan Knitting dengan Crochet?

Knitting adalah satu kemahiran dimana anda mengguna dua jarum ataupun beberapa jarum ketika mengait. Bagi saya istilah jarum kait dua itu kurang sesuai kerana konteks knitting ini lebih besar. Ini kerana, knitting meliputi mengait dengan dua jarum, 4 jarum ataupun 5 jarum. Jarum knitting terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1. Straight Needles/Single Point Needles (mostly orang panggil sebagai classic knitting) : Biasanya kebanyakkan beginner akan memulakan pembelajaran mengait Knitting dengan menggunakan jarum jenis ini.

2. Double Pointed Needles (kedua-dua bahagian jarum mempunyai tip) : Digunakan untuk mengait secara knit in the round seperti socks, topi, beg, i-cord..

3. Circular Needles (mempunyai tube yang menyambungkan dua jarum.. juga dikenali sebagai modern knitting) : Sangat fleksibel! Circular needles adalah kegemaran saya :)

Untuk belajar knitting, kita mesti tahu 4 asas iaitu:

1. Cast On

2. Knit

3. Purl

4. Bind Off

Jika anda sudah mahir dengan keempat-empat asas ini, anda akan lebih mudah memahami teknik-teknik lain seperti increase, decrease, cable, lace dan pelbagai jenis stitches lagi yang cantik cantik! :) Seperti crochet, jarum Knitting juga mempunyai pelbagai jenis saiz untuk pelbagai jenis benang bagi menghasilkan pelbagai jenis produk yang menarik!

Okay,cukop sampai sini.Next entry saya akan ceita berkenaan perbezaan crochet dan knitting.Untuk tahu lebih lanjut.kene lah tunggu entry baru .phewwwwww.tunggu yeeee!!

Move On


Tanpa ku sedari,sudah sebulan berlalu ku meniti cabaran hidup di UITM Shah Alam.Tinggal lg 3 bulan untuk ku berjuang dalam sem 4 ni.Makin hari makin banyak benda yang harus ku pelajari.Hidup sebagai budak art and design bukanlah mudah seindah kata.Coretan hidup kami dipenuhi dengan idea dan daya kreativiti sendiri.Jadi,ku memerlukan daya pemikiran yang kuat untuk mengapresiasikan idea dari sanubari..

Hari kian silih berganti,assignment makin mengunung menanti untuk didaki.Tat kala malam mencemburui,tangan masih gigih mencoret warna-warni.Matlamat harus ku kecapi,demi masa depan yang bakal ku tempuhi.Chilling !

Monday 22 September 2014

Selangkah demi selangkah


Termenungku  dalam diam,
ku langkahkan kaki tanpa arah yang pasti,
sejenak ku berhenti,
dan ku tatap keindahan gunung di pagi hari.

Gunung angsi berjaya ku terokai,
mendidik hati untuk berdikari,
yakin dan percaya pada diri,
kejayaan akan dimiliki.

Tergamam,terkaku ku melihat anugerahnya,
sumber inspirasi buat terapi jiwa,
kadang terleka meniti usia remaja,
rebah ku dalam meniti usia.

Tat kala hening pagi menyelebungi,
hati terasa sayu sekali,
belajar untuk berdikari,
demi keluarga dikasihi.

Aku bernafas dalam sesak  udara tak terperikan,
bersuara dalam rimba tanpa kata,
alunan buai angin menghempas mara surya,
tak lagi bernyanyi dengan dengting suara air,
hambar ku meniti kesulitan,
semangat harus diperjuangkan.






Sunday 14 September 2014

cahaya . sangat berpengetahuan . kemuliaanku


Apa kene mengena entry kt atas tu ye ?
 Itu merupakan maksud nama ku yang telah di cipta dari ayahda dan bondaku. Mesti korang tertanya-tanyakan apakah  nama ku. Seperti maksud di atas cahaya mewakili Nur diawal,manakala sangat berpengetahuan mewakili afiqah di pertengahan dan kemuliaanku mewakili izzati di akhirannya. Nur Afiqah Izzati bukan sekadar nama hiasan tetapi ia nya merupakan tanggugjawab ku utk menjadi seorang manusia yang menepati maksud tersebut. Dan aku yakin,aku akan mencapai maksud nama ku. Aku mula melihat dunia pada 13 APRIL 1993 di hospital besar Kuala Lumpur.Hospital besar Kuala Lumpur menjadi saksi kegembiraan buat ayanda dan bondaku .Aku merupakan cahaya mata yang kedua dari ayahda dan bonda ku. Aku mempunyai seorang abang dan empat orang adik. Kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Aku sangat bahagia dikurniakan dalam keluarga seperti ini. Terasa seperti dunia ini begitu sempurna. Gelak tawa yang dikongsi bersama saling mengeratkan kami sekeluarga. Dari kecil ku didik dengan cara sederhana. Tanpa membezakan taraf bersama orang lain.






 Ku diberikan pendidikan awal di tadika Abim dan kemudian sambung bersekolah di SK Kota Warisan sehingga darjah 6. Seterusnya di peringkat menengah ku belajar di sekolah Smk Seri Sepang sehingga tingkatan 5. Alhamdulilah ku berjaya menamatkan alam persekolahan yang penuh liku dan cabaran dalam menangani jiwa seorang remaja. Semangat dalam kecapi kecemerlangan dalam pelajaran belum pernah pudar dari sanubari. Aku seterusnya menyambung pengajian ke peringkat DIPLOMA di Uitm Chendering , Kuala Terengganu . Biarpun jauh tercampak dihujung dunia namun,hatiku tetap cekal untuk memperoleh segulung ijazah yang mampu membahagiakan ayanda dan bondaku. Syukur pada 14 Mei 2014 ku berjaya mengukir senyuman buat ayanda,bonda dan kaum keluarga. Tarikh keramat tersebut menjadi saksi untuk aku memperjuangkan diri untuk jadi lebih baik dan terus maju kehadapan . Setiap langkah ku merupakan jalan kejayaan untuk ayanda dan bondaku.


 Aku yang dahulunya tidak pernah kenal apa itu 'SENI'. Namun kini,aku berdiri sebagai seorang anak 'SENI' yang tegar. Dan aku bangga menjadi anak seni. Seni menjadi pendorong buat aku untuk menjadi kreatif dan bijak dalam menyelesaikan masalah. Seni bukan sekadar lukisan di atas sekeping kertas,malah seni merupakan terapi jiwa yang mampu di olah dalam lukisan. Setiap garisan yang terukir mewakili jiwa ikhlas seorang anak seni. Seni begitu unik untuk difahami. Namun begitu,jiwa pencinta sebagai anak seni terus mengalir . Kini ,aku masih berdiri sebagai anak seni . Aku masih menyambung perjuangan ku untuk ke peringkat lebih tinggi.Sasaran ku yang mendatang ialah segulung ijazah sarjana muda.Dan aku pasti,aku akan mencapainya biarpun terpaksa bermatian untuk mendapatkannya. Seni tidak semudah kata untuk dilenyapkan. Biarpun jasad tiada,coretan lukisan mampu menyampai jiwa raga.



 Bonda
 Kamulah segalanya bagiku
 Kamulah ratu hatiku
 Yang menjagaku sejak kecil
 Aku mengenali duniaku ini
 Yang mencegahku dari kesalahanku
 Yang mendidikku dengan
 Penuh kasih sayangmu
 Kamulah lambang cintaku

 Ayahda
 Kamu bagai semut bekerja keras
 Kamu bagai lebah mencari madu
 Kamu inginkan aku
 Bagai rama-rama berterbang kebebasan
 Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
 Janganlah degil, ikut perintah
 Itulah kata-katamu Ayah
 Kamu berkorban demi anakmu
 Kamu bersusah payah demi anakmu
 Kamu mencari nafkah yang halal
 Semuanya untuk keselesaanku
 Mengetepikan perkara yang nahi
 Mengetepikan dunia bermukah
 Mengetepikan dunia kebebasan
 Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
 Tidak terlepas dari ingatanku

 Bonda,
 Ayahda,
 Aku menghargai segala pengorbananmu
 Akan ku balas jasamu yang indah itu
 Sehingga ke akhir nafas ku.