Sunday 23 November 2014

Jenis benang

Assalammualikum semua.
Entry kali ini saya nak bawa anda semua kenali jenis-jenis benang.
Nak mengait takboleh salah bennag ye.
Setiap produk yang anda mahu buat kena lah bersesuai dengan jenis benang.


Benang rajut ini mempunyai kelainan dengan benang yang lain. Selain volume benangnya yang lebih tebal, fungsinya pun berbeza. Biasanya benang rajut ini digunakan untuk membuat sesuatu. Seperti lukisan, pakaian, topi, kasut, dll. Warnanya pun lebih beragam. Bahkan seperti contoh pada gambar ini, dalam satu gulungan, ada lebih dari satu warna yang berbeza. Benang ini kelihatan unik.:)
Untuk memanfaatkan benang ini, perlu ada latihan khusus. Iaitu cara merajut. Karena merajut tidaklah semudah kelihatannya.



Benang wool ini juga memiliki fungsi yang sama seperti benang rajut. Iaitu untuk merajut. Perbezaan nya hanya terdapat pada tekstur . Benang ini lebih berbulu. Volume benangnya juga agak renggang. Namun alternatif warna yang tersedia, tidak se-unik benang rajut. Benang ini biasanya hanya ada satu warna ditiap gulungannya.





Wednesday 19 November 2014

Assignment !


Assalammualikum semua.
Kali ni entry pasal assignment pulak.Assignment kali ni dikehendaki mengubah atau mengolah semula design sedia ada menjadi bentuk lain atau material yang lain.
Jadi,ini merupakan sebahagian inspirasi untuk saya ubah menjad benda baru.So nntikan hasil nyaaaaaaaa !! phewww



 Jenis benang yang digunakan dalam mengait













Tuesday 18 November 2014

Hello junior !

Assalammualikum semua.
Masih ingat dengan entry sebelum ini?
Okay kalau haritu saya hanya cerita berkenaan serba sedikit latar belakang nya.
Jadi,harini saya akan memperkenalkan siapakah 'BELIAU' yang saya maksudkan dalam entry yang lepas.

TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA !


Ini lah dia BELIAU yang saya ceritakan dalam entry yg lepas.hihi.Nama sebenar beliau Noreen Natasha Binti Mohd Zawawi , berumur 21 tahun dan anak ke 3 dari 5 adik beradik. 

Haaaa.mcm mna? cantik kan kwn saya ni.hihi.Kulit dia putih pink tau.Dalam gamba je dah cantik belom jumpe depan2 lg.fuhhhh! bole tangkap cintan okay kalau saya ni lelaki.phewwwww.

Berbalik kepada hasil tangan Noreen,dia akan menerima tempahan crochet seawal sebulan hal ini kerana kengkangan masa bg nya untuk belajar.Dia akan membuat aktiviti lapangnya pada waktu cuti seperti sabtu dan ahad.Jadi,tempahan yang diterima adalah terhad.

Selain itu,Noreen juga menerima tempahan seperti hamper.Tempahan hamper kebiasaan nya akan diambil seawal seminggu atau dua minggu.Jadi,pada sesiapa yang berminat untuk tempah hamper boleh lah berhubung dengan Noreen :)


Ini merupakan antara hamper kecil yang Noreen buat.


Aktiviti lapang Noreen !








Monday 17 November 2014

Junior crochet


Assalammualikum semua.
Ha,mesti ramai yang tengah ternganga kan bila tgk enty sy kali ni.HAHA
Ini rialiti bukan fantasi.
tutup mulut cepat nanti lalat masuk! HOHO
Okay okay.Entry kali ni saja nak cerita pasal si pembuat crochet yang masih muda diawal usia remaja.

Sebelum saya bercerita lebih lanjut berkenaan junior crochet ni,msti rmai nak tahu kan sape dia? Kalau nk tahu kene tnggu next post ye.Untuk harini saya bg serba ringkas berkenaan kegiatan beliau.hihi.

Okayy ! Now saya nak start cerita.Beliau merupakan kawan sekolah saya semasa di sekolah menengah.Beliau meminati dunia crochet ini sewaktu umur nya belasan tahun lagi dan berkongsi minat yang sama bersama bonda tercinta akhirnya menjadi mata pendapatan kepada beliau selepas hasil tangannya mendapat perhatian daripada saudara-mara,rakan-rakan terutama rakan beliau di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau merupakan penuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) Bacelor dalam bidang Sains Komputer.Kebiasaannya hasil tangannya mendapat sambutan daripada golongan ibu-ibu.Selain itu,beliau juga bergiat aktif dalam mempromosikan hasil tangan nya di media sosial seperti facebook dan instagram.


Jika anda berminat dengan hasil kerja tangan beliau,boleh contact beliau di facebook :Oyen Shaa Intagram :noreenzawawi / oyensha




























HUUU.Amacam? hebat tak ? msty anda tertanya-tanyakan siapa junior crochet yang saya cerita diatas.Untuk berkenalan dengan beliau kenelah tnggu next post ! phewww..jumpa lagi guys.

Sunday 16 November 2014

Cara buat scarf yang cepat dan mudah .

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA .
Oleh kerana sekarang musin tengkujuh,
jadi dikategorikan sebagai musim sejuk.
Mesti ramai yang pkai baju sejuk kan?
So harini saya akan share sedikit cara membuat scarf yang boleh digandingkan semasa pakai baju sejuk.ALA ALA berada kt LONDON gituu ha.HIHI.Jum tengok !


Yang ini merupakan cara buat scarf guna loom.Lebih senang dan cepat :)



Denggi !

Assalammualaikum semua.
Entry kali ini nak cerita sikit pasal denggi.
Sekarang bnyak sngat kes denggi.Oleh yang demikian,kita semua kene peka dan sentiasa berwaspada pada wabak ini.


Baru-baru ini saya telah dijangkiti wabak denggi ini dan kesan nya pada badan sangat melemahkan selain mengakibatkan masalah sendi.Biasa dengar saje orang cerita,tapi kali ini saya sendiri yang alami nya.Sangat tak terperi sakit nya.Jadi,mencegah lebih baik dari mengubati.Selain itu,wabak ini di ambil berat oleh para doktor dan sentiasa memerlukan penjagaan yang rapi.Darah sentiasa diambil secara tertib untuk mengetahui perkembangan darah dalam badan.Hal ini kerana bagi mengelakkan virus denggi ini merebak lebih dalam pada salur darah.Virus denggi ini boleh mengakitbatkan maut jika diambil sambil lewa.Oleh yang demikian,pesakit virus denggi ini hendaklah sentiasa mengikut procedure di hospital sebagai tindakan pantas dari virus merebak kesuluruh badan.Menurut doktor,setiap pesakit vrius denggi ini pasti akan mengalami masalah darah yang kurang.Oleh itu,saya akan berkongsi sedikit info untuk menambahakan darah semasa terkena virus denggi ini.


1. Air mineral/air kosong/air masak.
 Sebenarnya kalau tak sakit pun, air memang penting untuk tubuh kita, kan?.. Tapi, bila kena demam denggi ni, lagilah penting..Memang kita akan rasa tak larat sangat nak minum. Tapi, cubalah gagahkan diri minum ye.. Untuk kesihatan diri sendiri juga.

2. Minuman Isotonik/ 100 Plus.
Air ni pun penting jugak.. Untuk memberi tenaga buat yang mengidap demam denggi. Masa demam tu, comfirm kita tak lalu makan kan?Jadi, bila kita minum air 100 plus ni, sedikit sebanyak memberi kita tenaga juga.. Ada yang kata tak elok minum banyak-banyak.. Kandungan gula yang tinggi, dan boleh memudaratkan bagi yang ada gastrik.. Tapi, saya rasa, tak salah nak minum pun. Sebab bukan kita minum hari-hari.. Kita hanya minum ketika terkena denggi ni je, banyak-banyak. Dan dah tentu kita pun tak nak kena denggi lama-lama kan? Lebih baik amalkan. Doktor tak bagi minum air masak je. Doktor suruh campur-campur minum dengan minuman manis yang lain.. Contohnya susu, milo, 100 plus dan lain-lain..

3. Sup Ketam.
Ok, sup ketam ni memang ramai yang cadangkan.. saya sendiri pernah dengar dari kenalan rapat. Buat sup ketam untuk pesakit denggi bukan buat macam kita buat selalu tu.. Bukan macam yang kita dok makan kat restoran seafood tu.. No, No, No..ye.. hikhik.. Resepinya simple sahaja.. Hanya ketam,serai yang diketuk atau halia dan air sahaja.. Orang kata ketam Nipah lagi baik. Tapi, tak kisahlah kan ketam apa pun. Ketam tu ketuk sikit-sikit kat kaki dia tu bagi pecah sikit-sikit.. Masuk je dalam air dengan serai atau halia tadi. Biarkan.. Pastu dah siap.. Minum sup dia dan makan isi ketam tu... Kita berusaha je, Allah yang izinkan segalanya....

4. Air rebusan daun pucuk betik.
Pilih daun yang muda-muda, yang pucuk tu. Tapi, jangan ambik yang baru nak jadi daun pulak... Sekali  buat, ambik dalam 2 helai je.. Rebus dalam periuk. Agak-agak dah mendidih tu, dah la. Bila dah sejuk, bagi pesakit denggi minum.. 

5. Air Jus Jambu Batu.
Air jus jambu batu ini pon berkesan bagi pesakit denggi.Saya juga turut minum air jus jambu ini.







Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. 
Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
    • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
    • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
    • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
    • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
    • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Monday 10 November 2014

Dunia crochet

Assalammualaikum semua.
Entry kali ini saya nk bawa anda semua melencung sedikit dr hasil kerja Mrs Agnes.
Saje nak bawa anda semua cuci mata melihat dunia crochet yang berada diluar.
Pastinya anda semua tak sabar bukan ? huuu.
relax semua.saya akan upload gambaran dunia crochet sebenar.
Gmbar2 dibawah merupakan gmbar yg saya pinjam dr Encik google.
Ini sebagai inspirasi yg mungkin boleh menjadi ilham kepada pecinta crochet diluar sana :)





















Sunday 9 November 2014

crochet !

Assalammualikum semua.
Memandangkan ramai yang terpukau dengan  hasil kerja Mrs.Agnes.
Hasil kerja Mrs Agnes sngat halus dan teliti dan menurut Mrs Agnes sendiri die boleh menyiapkan setiap tempahan kurang dari sehari.
See,betapa tekun nya Mrs Agnes ini membuat kerja.
Harga yang ditawarkan juga sangat murah senang cerita harga mampu milik lah dan benang yang digunakan merupakan dari benang yang terpilih.
Tak payah keluar duit lebih2 untuk beli barang yang sama jika anda semua dapat harga yang mampu milik dr Mrs Agnes.
Hari ini saya akan upload serba sedikit hasil tangan Mrs Agnes.
Jum cuci mata !!

Jika anda berminat dengan hasil tangan Mrs Agnes,anda boleh lawati facebook beliau iaitu HOME CROCHET atau whatsapp Mrs Agnes di 012-612 4884 .