Friday 31 October 2014

LUASKAN KUASAMU JOHOR

Assalammualikum semua .
apa khabar?harap semua sihat belaka.
harini entry pasal BOLA.
Knp nk cite psl bola ehh?huu
sbb sy seorang peminat bola yg tegar.
hanya menyokong pasukan johor shja.hihi.
Biarpun dpt tiket last minute dgn harga yg agak mahal dr hrga yg biasa.Hati kering beli aje tiket tu.Asalkan dpt tgk kt stadium.Suasana tengok bola kt rumah,mamak sngatlah berbeza.That why sy sanggup pergi stadium walupun tpkse bayar mahal.hihi.Pada yg belom pernah turun stadium,try la trun.Cnform awk semua akn terus jatuh hati utk tgk bola.Gaya sorakkan di stadium akan meremang kan bulu roma.Semangat sebagai penyokong membuak-buak tahap dewa.TRUST ME ! phewwww.

Fuhhh.final kan siapa tak excited.Msty game malam ni sengit.Harap kedua-dua pasukan dapat buat yg terbaik dan of course lah harap JDT menang ! yihakkkk.


pasukan mane yg akan menang ? pheww.
Semoga Johor dpt menjuarai perlawanan mlm ini :)

stadium larkin


stadium bukit jalil

Wednesday 29 October 2014

hai pecinta crochet

Assalammualaikum semua.
Sebelum ini saya sudah pun bercerita serba sedikit tentang crochet dan jenis jarum yang digunakan semasa proses mengait. Jadi,mengait ini ternyata tidak semudah ungkapan yang halus dibibir.Ia nya memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi.Selain itu,sifat kesabaran juga menjadi aspek utama dalam proses membuatan nya.Proses mengait ini boleh digelar proses terapi diri,hal ini kerana ia mangajar kita cara untuk menyelesaikan masalah dan sifat kesabaran selain mempunyai pemikiran yang kreatif.Oleh yg demikian,setiap jalinan benang yang terjalin membentuk adaptasi kepada jiwa si pembuat.

Siapa sangka dari hobi mampu membuat hasil setiap hari.Hobi yang dahulunya sekadar ingin mengisi masa lapang kini menjadi lubuk duit setelah ramai yang mengenali hasil kerja tangan nya.Beliau telah bergiat aktif dalam dunia  mengait sejak usia remaja nya.Beliau belajar mengait hanya berpandukan buku yang dibaca.Membaca bukan penghalang untuk beliau terus mencari ilmu berkenaan dunia kait.Dan kini,beliau telah mampu menghasilkan pelbagai koleksi sendiri yang terdiri daripada barangan bayi,cardigan knitted bag dan wire jewellary.




Beliau merupakan Puan Agnes yang berbangsa cina dan  berumur 35 tahun.Beliau juga merupakan anak kelahiran Johor Bharu dan kini menetap di Seremban Jaya,Seremban.Beliau hanya membuat proses mengait ini  di rumah dan mempunyai studio sendiri untuk mempamerkan koleksinya.Selain itu,beliau juga turut menerima tempahan dari customer yang berminat dengan hasil kerja tangannya.Beliau juga mampu membuat design mengikut kehendak customer.Selain harga yang berpatutan,service yang turut diberikan sangat pantas dan berkualiti.


Monday 13 October 2014

JARUM CIRCULAR

Assalammualaikum semua.Entry kali ni saya nak cerita berkenaan jarum circular.Jarum ini sesuai untuk golongan yang mahu berjinak dalam dunia mengait.Jom belajar! Disini saya akan beri sedikit info berkenaan kelebihan jarum circular ini.

1. Boleh digunakan seperti Straight Needles (flat knitting) dan disebabkan jarum ini lebih panjang berbanding straight needles, maka anda boleh menghasilkan kaitan yang lebih besar.
2. Boleh mengait secara knit in the round/join stitches seperti topi, beg, socks..
3. Teknik Magic Loop : Jikalau anda adalah seorang pengguna circular, adalah sangat rugi jika anda tidak mempraktikkan teknik ini. Teknik ini sangat seronok dan sesuai untuk pelbagai jenis pattern yang memerlukan knit in the round.
4. Jikalau anda tidak suka menjahit bahagian-bahagian yang telah dikait, jarum circular adalah teman baik anda!   hehe.. kenapa? sebab jarum circular boleh mengait baju/beg tanpa perlu jahit tepi. This we called as seamless knitting. Antara nama teknik yang lain adalah seperti top down knitting ataupun raglan knitting
5. All in one needles. Anda tidak perlu menggunakan double pointed needles lagi.

Namun, ini adalah terpulang kepada keselesaan anda. Masih ramai lagi yang selesa dan suka menggunakan jarum kait straight/double pointed needles untuk mengait. Dan masih ramai juga yang kurang selesa menggunakan circular needles.



INI MERUPAKAN JARUM CIRCULAR



 TEKNIK MENGGUNAKAN JARUM CIRCULAR


Sunday 12 October 2014

SALAM AIDILADHA



Dikesempatan ini,saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang beragama islam.Semoga dapat berjumpa lagi dengan aidiladha akan datang :)


kita tersungkur lagi
merebah di gerigi mulia Ismail
tertabah di temali setia Ibrahim
siapakah lagi
bisa menghulur kepala
bisa mengasah senjata

kita bersyukur lagi
meredah di pepasir berkat Arafah
menadah di persegi taubat Kaabah
siapakah lagi
bisa kita sembah
bisa kita mengalah

kita bertamu lagi
bersimpuh di lautan ampunan Mu
bersujud di pautan mabrur Mu
di bumi keramat Anbiya
di bumi mukjizat Muhammad
Labbaik Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wani'mata. la ka wamulkalla , syarikala

~ nukilan : amri abd rani ~



cuti !


Mid term break memang waktu yang di nantikan .Waktu cuti lah waktu paling seronok ibarat dunia ini seperti ku yang punya. Barulah nampak bulan dan matahari.Kalau tak asyik nmpak sekeping kertas dan warna saje.Walaupun waktu cuti hanya seminggu tp ia nya cukup beharga dan bernilai untuk golongan "student" seperti ku.

Cuti kali ini,ku bercadang untuk tinggal di kampung sementara menyambut hari raya haji.Oleh itu,saya dan keluarga balik ke kampung bonda di Kuala Pilah.Yahuuu !!



Pada dahulunya untuk ke kuala pilah hanya dengan menggunakan satu laluan iaitu Bukit Putus.Tambahan pula,Bukit Putus ini merupakan  jalan berbukit dan berselekoh yang berada di sempadan kedua daerah iaitu Kuala Pilah dan Seremban.Bukit Putus ini dibina sejak zaman penjajah lagi.

Jalannya yang bengkang bengkok seperti jalan ke Genting Haighland atau ke Cameron Highland dan jaraknya sejauh sekitar 5km, kedudukannya juga di lereng bukit yang dikelilingi hutan simpan yang dekat dengan Gunung Angsi dan kawasan perkelahan Ulu Bendul.Selain itu,
diatasnya terdapat kawasan tadahan air yang mengalirkan air gunung ke kawasan perkelahan tersebut.

Perjalanan dari arah Seremban harus mendaki kemudian jalannya menurun ke arah Kuala Pilah. Jumlah pengguna jalan ini jauh berbeza sejak 15 tahun kebelakangan ini kerana perubahan ekonomi menyebabkan jumlah kenderaan semakin bertambah termasuklah kenderaan berat.


Ini merupakan gambaran Bukit Putus sewaktu musim perayaan.Kenderaan terpaksa beratur panjang dalam jangka masa yang lama.Tapi kini kerajaan telah membuat laluan alternatif untuk ke Kuala Pilah.Jalan alternatif ini tidak lagi jem seperti di Bukit Putus.Jalan ini telah diberikan nama Jambatan Bukit Putus dan mendapat Jambatan kedua tertinggi di Malaysia.Melalui jalan ini oang amai tidak perlu bersesak untuk ke Kuala Pilah atau seremban.Selain dapat menghirup udara segar,orang ramai juga dapat bersantai dengan keadaan yang aman.

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia

Gambaran Sawah padi di seri menanti