Wednesday, 29 October 2014

hai pecinta crochet

Assalammualaikum semua.
Sebelum ini saya sudah pun bercerita serba sedikit tentang crochet dan jenis jarum yang digunakan semasa proses mengait. Jadi,mengait ini ternyata tidak semudah ungkapan yang halus dibibir.Ia nya memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi.Selain itu,sifat kesabaran juga menjadi aspek utama dalam proses membuatan nya.Proses mengait ini boleh digelar proses terapi diri,hal ini kerana ia mangajar kita cara untuk menyelesaikan masalah dan sifat kesabaran selain mempunyai pemikiran yang kreatif.Oleh yg demikian,setiap jalinan benang yang terjalin membentuk adaptasi kepada jiwa si pembuat.

Siapa sangka dari hobi mampu membuat hasil setiap hari.Hobi yang dahulunya sekadar ingin mengisi masa lapang kini menjadi lubuk duit setelah ramai yang mengenali hasil kerja tangan nya.Beliau telah bergiat aktif dalam dunia  mengait sejak usia remaja nya.Beliau belajar mengait hanya berpandukan buku yang dibaca.Membaca bukan penghalang untuk beliau terus mencari ilmu berkenaan dunia kait.Dan kini,beliau telah mampu menghasilkan pelbagai koleksi sendiri yang terdiri daripada barangan bayi,cardigan knitted bag dan wire jewellary.




Beliau merupakan Puan Agnes yang berbangsa cina dan  berumur 35 tahun.Beliau juga merupakan anak kelahiran Johor Bharu dan kini menetap di Seremban Jaya,Seremban.Beliau hanya membuat proses mengait ini  di rumah dan mempunyai studio sendiri untuk mempamerkan koleksinya.Selain itu,beliau juga turut menerima tempahan dari customer yang berminat dengan hasil kerja tangannya.Beliau juga mampu membuat design mengikut kehendak customer.Selain harga yang berpatutan,service yang turut diberikan sangat pantas dan berkualiti.


No comments:

Post a Comment