Assalammualaikum semua.Entry kali ni saya nak cerita berkenaan jarum circular.Jarum ini sesuai untuk golongan yang mahu berjinak dalam dunia mengait.Jom belajar! Disini saya akan beri sedikit info berkenaan kelebihan jarum circular ini.
1. Boleh digunakan seperti Straight Needles (flat knitting)
dan disebabkan jarum ini lebih panjang berbanding straight needles, maka anda
boleh menghasilkan kaitan yang lebih besar.
2. Boleh mengait secara knit in the round/join stitches
seperti topi, beg, socks..
3. Teknik Magic Loop : Jikalau anda adalah seorang pengguna
circular, adalah sangat rugi jika anda tidak mempraktikkan teknik ini. Teknik
ini sangat seronok dan sesuai untuk pelbagai jenis pattern yang memerlukan knit
in the round.
4. Jikalau anda tidak suka menjahit bahagian-bahagian yang
telah dikait, jarum circular adalah teman baik anda! hehe.. kenapa? sebab jarum circular boleh
mengait baju/beg tanpa perlu jahit tepi. This we called as seamless knitting.
Antara nama teknik yang lain adalah seperti top down knitting ataupun raglan
knitting
5. All in one needles. Anda tidak perlu menggunakan double pointed needles lagi.
Namun, ini adalah terpulang kepada keselesaan anda. Masih
ramai lagi yang selesa dan suka menggunakan jarum kait straight/double pointed
needles untuk mengait. Dan masih ramai juga yang kurang selesa menggunakan
circular needles.
INI MERUPAKAN JARUM CIRCULAR
TEKNIK MENGGUNAKAN JARUM CIRCULAR

No comments:
Post a Comment