Sunday, 12 October 2014

cuti !


Mid term break memang waktu yang di nantikan .Waktu cuti lah waktu paling seronok ibarat dunia ini seperti ku yang punya. Barulah nampak bulan dan matahari.Kalau tak asyik nmpak sekeping kertas dan warna saje.Walaupun waktu cuti hanya seminggu tp ia nya cukup beharga dan bernilai untuk golongan "student" seperti ku.

Cuti kali ini,ku bercadang untuk tinggal di kampung sementara menyambut hari raya haji.Oleh itu,saya dan keluarga balik ke kampung bonda di Kuala Pilah.Yahuuu !!



Pada dahulunya untuk ke kuala pilah hanya dengan menggunakan satu laluan iaitu Bukit Putus.Tambahan pula,Bukit Putus ini merupakan  jalan berbukit dan berselekoh yang berada di sempadan kedua daerah iaitu Kuala Pilah dan Seremban.Bukit Putus ini dibina sejak zaman penjajah lagi.

Jalannya yang bengkang bengkok seperti jalan ke Genting Haighland atau ke Cameron Highland dan jaraknya sejauh sekitar 5km, kedudukannya juga di lereng bukit yang dikelilingi hutan simpan yang dekat dengan Gunung Angsi dan kawasan perkelahan Ulu Bendul.Selain itu,
diatasnya terdapat kawasan tadahan air yang mengalirkan air gunung ke kawasan perkelahan tersebut.

Perjalanan dari arah Seremban harus mendaki kemudian jalannya menurun ke arah Kuala Pilah. Jumlah pengguna jalan ini jauh berbeza sejak 15 tahun kebelakangan ini kerana perubahan ekonomi menyebabkan jumlah kenderaan semakin bertambah termasuklah kenderaan berat.


Ini merupakan gambaran Bukit Putus sewaktu musim perayaan.Kenderaan terpaksa beratur panjang dalam jangka masa yang lama.Tapi kini kerajaan telah membuat laluan alternatif untuk ke Kuala Pilah.Jalan alternatif ini tidak lagi jem seperti di Bukit Putus.Jalan ini telah diberikan nama Jambatan Bukit Putus dan mendapat Jambatan kedua tertinggi di Malaysia.Melalui jalan ini oang amai tidak perlu bersesak untuk ke Kuala Pilah atau seremban.Selain dapat menghirup udara segar,orang ramai juga dapat bersantai dengan keadaan yang aman.

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia

Gambaran Sawah padi di seri menanti 







1 comment:

  1. amboi sakan betul meraikan cuti...
    awak ni cucu a samad said ke??

    ReplyDelete